JIKSOO Rich Plus ialah penapis air yang mampu menghasilkan ketulan ais berkualiti tinggi – bersih, tanpa bau, dan lebih sedap kerana menggunakan air yang ditapis dengan teknologi canggih. Ketulan ais ini jernih seperti kristal, sesuai untuk penggemar minuman berais.
Penapis ini juga dilengkapi 7 tetapan suhu: sangat panas, panas, sejuk, biasa, dan tiga pilihan suhu suam (45°C, 50°C, 55°C), menjadikannya ideal untuk kegunaan seisi keluarga.
Promosi bulan ini hanya RM 119 sebulan (harga asal RM 185), atau RM 6,500 untuk pembelian tunai dengan 2 tahun servis percuma dan hadiah eksklusif – Set Pisau berkualiti tinggi.
Dengan cuaca panas di Malaysia, JIKSOO Rich Plus adalah pilihan terbaik untuk menikmati air bersih dan ais segar setiap hari. Dapatkan sekarang sebelum promosi berakhir!
Kelebihan Penapis Air Jiksoo Rich SK Magic
Penapis air JIKSOO Rich SK Magic direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden yang mahukan kemudahan, kebersihan, dan gaya hidup sihat. Berikut adalah ciri-ciri utamanya:
1. Menghasilkan ais berkualiti tinggi
Kelebihan utama JIKSOO Rich ialah kemampuannya menghasilkan ketulan ais berkualiti tinggi yang bersih, tanpa bau, dan lebih sedap. Ais yang dihasilkan berasal daripada air yang ditapis dengan teknologi canggih, menjadikannya jernih seperti kristal. Dengan kapasiti tangki ais 0.75 kg dan pengeluaran harian sehingga 6.1 kg, penapis ini sangat sesuai untuk kegunaan harian, terutamanya bagi penggemar minuman berais.
Berbanding ais yang dibeli di kedai, ais dari JIKSOO Rich lebih terjamin kebersihannya kerana ia bebas karat, logam berat, bakteria, kulat, dan virus. Malah, penapis ini menawarkan dua pilihan saiz ais – kecil atau besar – yang sesuai dengan keperluan minuman anda.
Untuk orang yang cintakan minuman berais. Kalau tiada ais di rumah, sanggup ke kedai semata-mata untuk beli ais. Ais di kedai-kedai, tiada spesifikasi yang jelas dari segi mana punca air dan kebersihan dalam pembuatannya.
Tidak seperti ais daripada Jiksoo Rich, ianya adalah daripada air yang ditapis, yang penuh mineral. Ketulan ais yang dihasilkan adalah jernih seperti kristal, tiada karat, tiada bau dan rasanya lebih enak daripada ais biasa.
- Ketulan Ais Seperti Kristal
Ketulan ais yang dihasilkan seakan-akan berbentuk kristal, kerana TERLALU BERSIH dan tanpa sebarang pencemaran. Ais ini bebas karat, logam berat, bakteria, kulat dan virus.
- Ais mempunyai dua saiz
Menarik dengan Jiksoo Rich saiz ais boleh didapti dengan dua saiz, iaitu kecil ataupun besar. Ini memudahkan anda untuk memilih saiz ais yang sesuai berdasarkan saiz minuman. Dan untuk sesetengah penggemar ais, mereka lebih sukan ais yang bersaiz kecil untuk dikunyah.
2. Tujuh tetapan suhu
Kelebihan Jiksoo Rich Plus yang best adalah ada pelbagai tetapan suhu, merangkumi panas, sejuk, biasa dan suam. Kebanyakan produk penapis air jenama lain, fokus kepada kelebihan penapis itu boleh menghasilkan ais. Suhu air yang boleh dipilih adalah sekadar suhu asas, iaitu panas, sejuk dan biasa. Ianya sukar sekiranya keluarga anda mempunyai pelbagai keperluan dan pelbagai cita rasa. Contohnya jika anda mempunyai anak kecil, pastinya anda perlukan air suam juga untuk membancuh susu dengan lebih mudah dan cepat.
Dengan Jiksoo Rich ianya dilengkapi dengan pelbagai suhu iaitu panas, sejuk, biasa. Suhu panasnya pula mempunyai 2 tetapan iaitu sangat panas (sesuai masak maggi), panas (sesuia unuk air minuman seperti Teh). Suhu suam ini pula boleh mempunyai 3 tetapan iaitu 45, 50, 55. Sangat sesau untuk menepati cit rasa anak kecil anda.
Untuk keluarga yang mempunyai minat dan pelbagai cita rasa, Jiksoo RICH adalah pilihan yang tepat
- Air Panas- dapatkan air panas sepantas beberapa saat. Tidak perlu menggunakan kaedah tradsional dengan cerek atau heater untuk memasak air. Menunngu air untuk mendidih pun lama. Malah dengan kaedah ini boleh menjimatkan dapur gas anda.
- Air Sejuk – memandangkan cuaca negara kita panas sepanjang tahun. Tentunya air sejuk menjadi kegemaran rakyat jelata. Air sejuk juga bukan sahaja dapat melegakan bila dahaga, malah boleh memberikan ketenangan. Cuba bayangkan balik penat ke rumah dengan cuaca yang panas, tapi air sejuk tiada dalam peti ais. Ini boleh mendatangkan emosi kurang stabil bagi sesetengah orang.
- Air Suhu Bilik- tidak perlu lagi botol-botol yang banyak hanya untuk isi air suhu bilik. Botol-botol ini jika terlalu banyak dan disusun tidak teratur boleh melahirkan suasa yang menyakitkan mata bila memandang. Para isteri dan ibu-ibu pastinya sudah tahu perasaan situasi ini.
- Air Suam (3 variasi suhu)- hanya di Jiksoo Rich Plus, penapis air yang boleh menghasilkan ais dilengkapi sekali dengan suhu suam. Bukan satu sahaja suhu suam, tetapi 3 tetapan air suam iaitu 45, 50, dan 55 darjah celcius. Ini akan menjadikan susu bayi atau anak kecil anda dalam keadaan suhu yang optimum. Malah sesetengah orang dewasa atau tua lebih suka dengan suhu suam.
3. Paparan sentuhan intuitif dan rekabentuk elegan
Rekabentuknya mewah dengan paparan digital, pastinya menjadi pilihan para isteri mahupun ibu-ibu seluruh MalaysiaDengan hanya sentuhan digital anda boleh dapatkan ais dan air dengan mudah. Hanya sentuhan mudah dan pilih suhu air pilihan ataupun ais
4. Pilihan Isipadu Air
Dengan tetapan isipadu air yang boleh disesuaikan, anda boleh memilih kuantiti air yang diperlukan tanpa pembaziran. Penapis ini menawarkan ekstraksi air yang tepat dengan hanya satu sentuhan serta 4 tahap pilihan isipadu – termasuk 120ml, 250 ml, 500 ml dan 1000 ml sesuai untuk pelbagai keperluan harian anda.
5. Air Mineral Berkualiti Tinggi
JIKSOO Rich Plus dilengkapi dengan teknologi tapisan canggih yang mampu menyingkirkan pelbagai jenis pencemaran seperti karat, logam berat, mikroorganisma, bakteria, dan kulat. Proses penapisan ini memastikan air yang dihasilkan adalah bersih, selamat, dan berkualiti tinggi untuk diminum. Walaupun begitu, penapis ini mengekalkan mineral semula jadi yang penting untuk tubuh badan, seperti kalsium dan magnesium, yang menyumbang kepada kesihatan tulang, gigi, dan fungsi tubuh yang optimum. Dengan air yang kaya mineral, anda bukan sahaja dapat menikmati rasa air yang lebih sedap, tetapi juga manfaat kesihatan jangka panjang.
6. Kelebihan Jiksoo Rich SK Magic ialah daripada binaan keluli tahan karat
Penapis JIKSOO Rich menggunakan saluran air yang diperbuat daripada keluli tahan karat gred 304, yang terkenal dengan ketahanan dan kebersihannya. Bahan berkualiti tinggi ini bukan sahaja tahan karat dan kakisan, tetapi juga memastikan air yang mengalir melalui saluran tersebut sentiasa bersih dan selamat untuk diminum. Saluran keluli tahan karat ini direka khas untuk mengelakkan pencemaran sekunder, seperti pencemaran akibat bahan plastik atau logam biasa yang mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya. Dengan saluran air ini, anda dapat menikmati air yang bebas daripada bau, rasa yang tidak menyenangkan, dan risiko pencemaran, menjadikannya pilihan ideal untuk kesihatan keluarga anda
Kesimpulan
Penapis air Jiksoo Rich SK Magic seperti namanya RICH=KAYA. Kaya dengan pelbagai fungsi-fungsi yang memudahkan kehidupan. Bukan sahaja boleh hasilkan ais, malah mempunyai suhu lengkap panas, sejuk, biasa dan suam.