Beza air mineral vs RO

Beza air mineral vs RO (osmosis berbalik) perlu di ambil tahu sebelum ingin memilih penapis air. Ini memastikan anda sekeluarga dapat air yang memenuhi keperluan dan cita rasa keluarga anda. Selain mengetahui perbezaan air mineral vs air RO, anda juga patut tahu kehebatan penapis air SK Magic berbanding jenama lain

Beza air mineral vs mineral


 

Beza air mineral vs RO 

Air mineral mempunyai kandungan mineral di dalam air, bukannya semata-mata air tulen.

 Mineral yang sering terdapat dalam air mineral termasuk 

  • Kalsium - Tulang dan gigi yang sihat
  • Magnesium - penting dalam sistem metabolisme dalam badan, kawal tekanan darah
  • Natrium - Menjaga keseimbangan natrium tubuh
  • Kalium -Menjaga keseimbangan elektrolit
  • Iron- Mengelak anemia
  • Zink- memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan generik dan protein

Air mineral boleh dapat secara semula jadi daripada air bawah tanah/mata air ataupun daripada air paip (sudah dirawat). Jika dibandingkan air daripada semulajadi ini mempunyai kandungan mineral yang lebih tinggi daripada air paip. Lihat sahaja berapa harga air mineral Evian. Yang diperolehi daripada pergunungan Perancis

Nilai air mineral, boleh di lihat  melalui harga jual air mineral. Air mineral berbotol adalah lebih mahal daripada air RO, hal ini kerana khasiat-khasiat mineral yang memberi nilai kepada kesihatan kita. Air mineral berbotol  kebanyakan menggunakan penutup biru, berbanding air RO berpenutup putih.

Kelebihan penapis air yang menghasilkan air mineral

  • Kekal mineral baik- menyingkirkan segala pencemaran tetapi masih mengekalkan mineral yang baik  untuk badan. Air yang dihasilkan bersih, jernih tanpa karat atau sebarang warna, tanpa apa-apa mendapan , tidak berbau dan rasa yang lebih sedap
  • Tidak perlukan tangki- Kadar tapisan/aliran air mineral adalah sangat cepat. Jadi dari segi konsep penapis air yang menghasilkan air mineral tidak perlukan tangki penyimpanan. Boleh pengaliran air secara terus atau "direct". Tetapi kalau penapis air bermineral nak buat tangki pun tiada masalah.  Contohnya model WIZ.C dan WIZ.S
  • Reka bentuk lebih slim- Oleh kerana aliran air yang lebih laju dan pantas tidak menjadi keperluan untuk tapisan air mineral mempunyai kapasiti tangki yang besar. Jadi reka bentuk yang dihasilkan lebih slim dan menawan.
  • Tiada air buangan- Semuanya ditapis di filter tanpa membuang air di sinki

Kekurangan 

Jika dibandingkan saiz tapisan air membrane filter air RO dapat menapis benda asing sehingga 0.0001 mikron, berbanding air mineral yang menggunakan teknologi nanotrap filter boleh menapis sehingga 0.001 mikron. Ini bermakna air tapisan RO adalah lebih halus berbanding air mineral.

Namun anda tidak perlu risau tapisan nanotrap ini mampu menyingkirkan pencemaran seperti karat, logam berat, bakteria, virus, bahan kimia dan sebagainya. 

Penapis air SK Magic yang menggunakan tapisan air bermineral ialah model siri Jiksoo seperti RICH, HYPER, RIA, MINI. Model siri WIZ seperti WIZ.C dan WIZ.R juga mengunakan tapisan bermineral. 

Apa Itu Air Reverse Osmosis (RO)

Air RO merupakan air yang sudah ditapis/ dirawat yang menyingkirkan segala pencemaran atau bendasing,  termasuklah mineral-mineral yang baik untuk badan. Dalam kandungan air  RO yang kekal hanyalah air tulen semata-mata. 100% komposisi air, H2O. Sebab itu air ini juga dikenali sebagai air tulen. Juga boleh dikenali sebagai air mati dan air suling. 

Kebanyakan air RO ini digunakan di peringkat industri. Contohnya di makmal. Kehadiran mineral-mineral ini pastinya akan menganggu keputusan makmal. Oleh itu hanya air tulen sahaja digunakan.

Kelebihan penapis air yang menghasilkan air RO

Kelebihan air RO ialah ianya 100% air tulen yang bersih. Bersih, jernih tanpa karat, tidak berbau dan rasa lebih sedap.

Kekurangan penapis air yang menghasilkan air RO

  • Singkir mineral baik: Kekurangan utama yang ada pada air RO ialah menyingkirkan mineral baik seperti kalsium, magnesium, natrium, kalium, iron, zink dan sebagainya. Walaubagaimanapun anda masih boleh mendapatkan sumber-sumber mineral ini daripada pemakanan
  • Perlukan tangki: Kalau anda cuba perhatikan penapis air RO, mesti mempunyai tangki simpanan air. Hal ini kerana, kadar penapisan air RO adalah LAMBAT. Sekiranya tiada tangki anda perlu menunggu masa satu minit untuk menghasilkan 2-3 auns air RO. Dengan tangki air , anda dapat mengisi air dengan cepat dan pantas. Oleh sebab itu, penapis air jenis RO mementingkan kebesaran kapasiti tangki dan akan menyesuaikannya dengan bilangan ahli keluarga untuk penggunaan yang pantas dan optimum. 
  • Penapis air saiz besar: Oleh kerana, kadar tapisan yang perlahan dan mengambil masa, penapis air jenis RO akan mempunyai tangki yang selalunya agak besar. Ini adalah perlu lebih-leih untuk keperluan keluarga yang besar
  • Ada singkirkan air: Oleh kerana  100% air tulen, maka banyak lah benda asing yang perlu disingkirkan termasuklah mineral. Jadi ada sedikit sebahagi air akan dibuang (air kotor). Ada sesetengah klien tidak kisah hal ini, asalkan dapat air yang bersih. Ada yang sesetengah klien rasanya ianya pembaziran air. Ini terpulang kepada anda untuk menilainya.

Di SK Magic menghasilkan kedua-dua jenis tapisan air iaitu air bermineral dan air RO. Namun, SK Magic lebih mengutamakan pengeluaran air bermineral berbanding RO. Hampir ke semua model SK Magic adalah daripada air bermineral kecuali pada model WIZ. R  (air RO).

Sentiasa Mengalir

Bersih, Tulen dan Penuh Dengan Mineral

Kesimpulan

Pemilihan penapis air bermineral atau RO bergantung kepada kehendak dan keperluan masing-masing. 

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk SK Magic. Hubungi kami terus di talian 017-493 4608 atau tekan link whatsaap ini. 


Related Articles