Kehebatan Penapis Air SK Magic

Kehebatan Penapis Air SK Magic yang anda perlu tahu sebelum beli atau sedang survey penapis air. Ini kerana masih ramai yang tertanya-tanya kehebatan penapis air SK Magic berbanding jenama popular yang lain. Memang tidak dapat dinafikan pelbagai jenama penapis air yang banyak di pasaran, tapi ini ialah kehebatan penapis air SK Magic yang tiada pada jenama lain. Memang berbeza dan memang hebat.

Ini adalah Kehebatan Penapis Air SK Magic yang akan menambat hati anda

SK Magic memiliki daya saing teknologi terbaik di dunia dan menjadi pencetus trend teknologi peralatan rumah di Korea Selatan. Jadi tidak hairan lah, penapis air SK Magic teknologinya jauh ke hadapan berbanding jenama lain. Ini adalah antara kehebatan penapis air SK Magic

1. Pensterilan UV Secara Automatik

Untuk memastikan setiap titisan air adalah sangat berkualiti dan  bebas daripada segala mikrob. SK Magic telah menggunakan pensterilan UV secara automatik,  melalui gelombang UV pada setiap model penapis air. Pensterilan UV ini menggunakan sinar UV yang tidak berbahaya untuk menghapuskan 99% mikrob bagi memastikan kandungan air dan ais (untuk model boleh mengeluarkan ais) bebas daripada kuman.

Untuk penapis air bertangki pensterilan UV akan dilakukan secara automatik setiap 12 jam untuk 7 minit. Pensterilan UV, 2 kali sehari akan memastikan air yang diminum bebas daripada kuman. Juga dilakukan pada muncung penapis air, sebelum air dikeluarkan. Ianya disterilkan setiap 2 jam selama 10 minit. Untuk penapis air tidak bertangki pensterilan akan dilakukan setiap 2 jam secara automatik untuk memastikan setiap titisan air adalah bebas bakteria.

pensterilan-uv-copy.png

 

Menarik dengan pensterilan UV ini, air anda akan lebih bersih dan tiada risiko air yang tercemar. Ini kerana fungsi sinar UV ini adalah untuk membasmi kuman. Jenama lain yang tidak mempunyai ciri hebat ini, menjadikan pelanggan cepat merungut dan apabila waktu servis sudah terlajak. Lebih-lebih lagi pada waktu Covid dan PKP. Di mana servsi tidak dapat dilakukan atas arahan kerajaan Malaysia. Servis yang tidak tepat pada waktunya, lebih-lebih lagi untuk penapis air yang bertangki akan mengundang risiko kuman sudah membiak di dalam tangki. Malah muncung penapis air juga begitu kerana ini adalah ruang yang terbuka (untuk mengeluarkan air), dengan SK Magic runag ini dibasmi untuk setiap 2 jam.

2. Penukargantian 4 bahagian secara percuma

Hanya di SK Magic, anda beruntung kerana melalui Magic Service penukargantian 4 bahagian di penapis air merangkumi Tab Air, Paip Air, Pad Getah dan Penyambung Filter. Ini untuk memastikan penapis air yang digunakan masih nampak "Baru", walaupun sudah bertahun menggunakannya. Penukargantian bahagian-bahagian tersebut adalah secara percuma untuk setiap 12 bulan, sekaligus menjadikannya seperti model baharu. Ini juga akan memberikan kebersihan yang sangat memuaskan terutamanya pada tempat laluan air seperti tab dan paip air dengan penukargantian setiap 12 bulan ini.

3. Rekaan design slim dan minimalist

Penapis air yang bersaiz besar hanya akan membazirkan ruang dapur anda. Anda perlukan penapis air yang rekabentuk slim dan minimalis untuk menjimatkan ruang dapur. Malah, boleh dimuatkan di mana-mana ruang di dapur. Penapis air di SK Magic paling lebar hanya berukuran 25.5 cm lebar dan boleh mencapai sekecil 9.2 cm lebar. Sebagai contoh penapis air Jiksoo Rich yang boleh menghasilkan ketulan ais yang canggih hanya berukuran lebar 25.5cm,  berbanding penapis air yang boleh hasilkan ais jenama popular lain berukuran 30 cm. Perbezaan lebih kurang 5cm ini memberi impak yang besar untuk penjimatan ruang. 

 

skmagic-ria-jimat-space.pngsaiz-penapis-air-1.png

 

Jadual menunjukkan senarai saiz lebar penapis air SK Magic. An

Model Tidak Bertanki (Tankless)Lebar (cm)
Jiksoo Rich- Boleh hasilkan ketulan ais (Air Mineral)25.5
Jiksoo Hyper (Air Mineral)17
Jiksoo Rapi (Air Mineral)17
Jiksoo Ria (Air Mineral)21
Jiksoo Mini (Air Mineral)9.2
Model Bertangki Lebar (cm)
WIZ C (Air Mineral)25.5
WIZ S (Air Mineral)25.5
WIZ R (Air RO)25.5

 

4. Peneraju teknologi penapis air tanpa tangki

SK Magic adalah peneraju teknologi penapis air tanpa tangki, di mana air pelbagai suhu tetap dapat dihasilkan dengan cepat dan unlimited. Ramai pelanggan salah faham dengan konsep penapis air bertangki vs tidak bertangki. Banyak yang berfikir bertangki akan menyediakan air yang lebih cepat, walaupun hakikatnya tanpa tangki adalah pengaliran air secara terus yang lebih cepat. Kebanyakan yang bertangki besar adalah tapisan air RO (reverse osmosis). Di mana, konsep tapisan air RO ini memakan masa lebih lama. Jadi sememangnya tapisan air RO memerlukan tangki. Tanpa tangki anda anda akan menunggu lama untuk mendapatkan air.

Banyak kelebihan penapis air tanpa tangki seperti mengelakkan pencemaran atau pembiakan bakteria dalam tangki, dapatkan menghasilkan rekabentuk super slim, penjimatan elektrik berganda. 

5. Air yang ditapis bermineral

Air yang dihasilkan atau air yang telah ditapis adalah air yang penuh mineral. 

Kesimpulan

Bandingkan kehebatan penapis air SK Magic berbanding jenama popular yang lain. Anda akan dapati banyak kelebihan teknologi SK Magic yang tiada pada jenama lain. Terutamanya dari segi pensterilan UV, rekabentuk slim,