SK Magic perkenal Jiksoo Rich Plus, Harga Dikekalkan

SK Magic Malaysia telah melancarkan siri terbaru penapis air Jiksoo Rich+  dengan kadar harga yang sama dengan model sebelumnya iaitu Jiksoo Rich. Walaupun dengan peningkatan kos sara hidup kebelakangan ini, SK magic tetap komitmen memperbaiki mutu dan kualiti  penapis air selari dengan perkembangkan teknologi terkini namun  DENGAN HARGA YANG SAMA.

Penapis air moden Jiksoo Rich+ ini,  direka dengan lebih elegan dengan ciri-ciri yang lebih unik dan mesra penguna. Harga promosi untuk Jiksoo Rich+ ialah RM 139 sebulan iaitu paling murah di pasaran. Pembelian secara adalah RM 6500.

Siri yang sebelum ini iaitu Jiksoo Rich berjaya menambat hari penduduk Malaysia. Dengan faktor cuaca negara yang panas, model penapis air dan boleh menghasilkan ais ini adalah pilihan terbaik. Malah, harganya mampu milik berbanding di pasaran. Dengan hanya RM 139 mampu menjadikan rumah tangga anda lebih terurus dan harmoni.

Ciri-ciri persamaan Jiksoo Rich dan Jiksoo Rich+

1. Fungsi penapis air dan "ice maker"

Siri Jiksoo Rich boleh menghasilkan air pelbagai variasi suhu, disamping dilengkapi ice maker. Di mana mesin ini boleh menghasilkan ais. Yang menariknya, ais ini adalah daripada air yang sudah ditapis. Air yang terhasil adalah sangat bersih seperti ais, tidak berbau dan jernih.

2. Laluan air diperbuat

Untuk produk premium seperti ini sudah tentunya SK magic menggunakan 100% laluan air daripada keluli tahan karat. Bukan daripada plastik. Keluli tahan karat ini adalah  tahan daripada kesan pencemaran dan kakisan.

3. Table Top dan bersaiz compact

Di pasaran, SK magic adalah pelopor penapis air dengan ice maker yang jenis table top. Boleh diletakkan di atas meja dengan saiz yang compact.

4. Harga serendah Rm 139 sebulan

Selalunya jika produk sudah ditambah baik, pasti ada kenaikan harga. Tapi di SK Magic ianya sam.  Dengan hanya berbelanja RM 139 sebulan atau  dengan anggaran Rm 4.60 sehari. Anda boleh menikmati hidup yang lebih mudah dan lebih efisien untuk keharmonian rumah tangga. Apa lah sangat dengan kos tak lebih daripada RM 5 sehari, sekiranya dapat menggembirakan hati pasangan.

Untuk pihak isteri dapat menyediakan air dengan cepat pada suami. Dapat membantu anda untuk beri servis seperti di kedai mamak.

Manakala untuk suami pula, pastinya isteri anda gembira sekiranya serba sedikit anda mengurangkan bebanan kerja rumah dengan mesin ini. Mudah untuk buat susu bayi, dan mudah juga untuk sediakan air untuk anda.

Ciri-ciri hebat terbaru pada Jiksoo Rich+

1. Pengeluaran ais harian yang lebih besar dan cepat

Jiksoo Rich sebelum ini, pengeluaran ais harian sebanyak 5.5kg. Memahami keperluan rakyat Malaysia yang rata-ratanya suka pada air sejuk berais. SK magic telah berjaya meningkatkan pengeluran ais harian kepada 6.1kg tanpa perlu meningkatkan saiz produk. Ini adalah kerana teknologi hebat SK magic yang boleh mempercepatkan kadar buat ais.

2. Ruang ais diganti ditukar baru setiap tahun

 

screenshot-2023-07-12-at-104407-am.png

 

Insiatif SK magic untuk memberikan hanya yang terbaik kepada para pelanggan dengan memastikan ais yang paling bersih dapat dihasilkan. Jadi ruang ais ini akan ditukar baru pada setiap tahun

3. Ruang ais boleh dibasuh

Ruang ais Jiksoo Rich + yang terbaru juga boleh di basuh untuk kebersihan yang optimum. Ini bagi mengelakkan risiko serangan kulat dan pencemaran.

4. Dispenser ais bermagnetik

screenshot-2023-07-12-at-113555-am.png

Dispenser ais bermagnetik ini akan mudah ditanggalkan untuk penyelenggaraan sendiri.